Thursday, February 19, 2009
PRAKATA
Allhamdullah syukur kepada Allah s.w.t yang memberi kesempatan kepada saya membuat ringkasan ucapan dan mohon keberkatan daripada junjungan besar Muhammad s.a w dan para sahabat ,ahlul bait,tabi tabin minal muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah. Saya merakamkan jutaan terima kasih terutama sekali kepada YDP,dan ahli mejlis tertinggi serta semua saudara ahli PEMBARU yang memberi kerjasama dalam menjayakan penubuhan persatuan ini. Keujudan pertubuhan ini adalah sebagai satu badan penyelaras penyetuan bangsa melayu brunei di seluruh kepulauan Borneo dan kita akan menyingkap kembali sejarah perjuangan datuk nenek moyang kita yang telah bertapak di pulau Borneo ini sejak berkurun-kurun lamanya bersaing dengan negara-negara tua di rantau ini seperti yang disebutkan dalam sejarah China zaman pemerintahan Dinasti Liang (T.M. 502-566), Dinasti Sui (T.M. 589-618) dan Dinasti Tang (T.M. 618-906). Sehinggalah pemerintahan Awang Alak Batatar 1368 dan kemasukan Sharif Ali (Sultan Berkat) yang menjadi warisan Kesultanan Brunei. Sejarah menjadikan bangsa kita berpecah dan terpisah keseluruh pelusuk Borneo. Zaman terus berubah serta corak keadaan kehidupan akan lebih mencabar dalam dunia global sains dan teknologi. Kita tidak mahu hubungan kekeluargaan kita juga mengalami kehancuran di telan zaman. Pertubuhan ini mahu masyarakat melayu brunei yang ada di seluruh kepulauan Borneo dapat merapatkan hubungan keluargaan disamping mengenali antara satu dengan lain. PEMBARU akan membuat lawatan ketempat-tempat, Daerah demi mengujudkan suasana kekeluargaan supaya dapat kita mengetahui kedudukan, keperluan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat melayu brunei. Pertubuhan ini juga akan berbaik-baik dengan bangsa-bangsa yang ada di Borneo demi memajukan budaya hormat menghormati antara satu dengan lain supaya tercetusnya satu bangsa yang berbilang kaum yang hidup aman harmoni di pulau Borneo yang tercinta ini. Saya menyeru kepada seluruh bangsa Melayu Brunei yang ada di Borneo marilah kita bersatu di bawah payung PEMBARU demi menjaga warisan datuk nenek moyang kita.Segala kerjasama saudara saudari semua kami ucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih
“SEWARIS SEMUA SAUDARA BERSATU”
RUSMAN BIN AWANG GHANI
(Ketua Penerangan)
Subscribe to:
Posts (Atom)

